Title:  Johan Qari Antarabangsa MTQ 2012 Muhammad Anuar Ghazali (Malaysia)

Views:  47977  Date:  7/16/2012

Johan Qari MTQ Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali (Malaysia,Kelantan) Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 2012 1433H/2012M Qari. Johan : Muhammad Anuar Ghazali (Malaysia) - 95.33 %. http://www.youtube.com/watch?v=FmiXT9nbXjw Naib Johan : Amin Pouya Ameer (Iran) - 91.67 %. http://www.youtube.com/watch?v=2H0BVVJoWMU Ketiga : Raden Harmoko Bahruddin (Indonesia) - 90.16 % http://www.youtube.com/watch?v=yl8Wzr87b-0 Keempat : Ahmad Muhammad Al-Khalidi (Maghribi) - 89.84 % Kelima : Ahmad Mailud Syawish (Algeria) - 88.68 % Qariah. Johan : Hasnaa' Muhammad Khoulali (Maghribi) 94.00%. http://www.youtube.com/watch?v=C_ZFl8D9vvk http://www.youtube.com/watch?v=ZYMlsihm7eU Naib Johan : Rahmawati Bakri Hunawa (Indonesia) 94.00% http://www.youtube.com/watch?v=tW2e4e9MWxc Ketiga : Hajah Che Aminah Che Awang (Malaysia) - 94.00%. http://www.youtube.com/watch?v=uzP43wjjOcU Keempat : Dayang Nurfaezah Hj. Emran (Brunei) - 85.33 %. Kelima : Mashitah Ibrahim (Thailand) - 84.00 %. Johan Markah Tajwid : 38.67% Naib Johan Markah Tajwid : 38.20% Ketiga Markah Tajwid : 38.17% ''Kali ini kita melihat peratusan markah johan, tempat kedua dan ketiga qariah adalah sama. Namun kita rujuk pemarkahan tajwid untuk menentukan kedudukan,' katanya ketika membacakan penilaian pertandingan kali ini. Qari Malaysia dan Qariah Maghribi Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 | Qari Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali, 36, dan Qariah Maghribi, Hasnae Khoulali, 19, muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 yang berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Anuar memperoleh markah 95.33 peratus manakala Hasnae mendapat markah 94 peratus. Mereka menerima hadiah wang tunai RM40,000 bersama piala dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Turut berangkat menghadiri majlis, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Seri Norainee Abd Rahman, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Naib johan qari dan qariah pula masing-masing dimenangi Amin Pouya dari Iran dan Rahmawati Bakri Hunawa dari Indonesia dengan markah 91.67 dan 94 peratus. Mereka menerima hadiah wang tunai RM30,000, piala dan sijil penyertaan. Tempat ketiga dimenangi qari Indonesia, Raden Harmoko Baharudin yang memperoleh markah 90.16 peratus dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang yang meraih markah 94 peratus. Mereke menerima hadiah wang tunai RM20,000, cenderamata serta sijil penyertaan. Majlis Tilawah al-Quran bertemakan 'Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah' berlangsung selama lapan malam sejak 6 Julai 2012 lalu, disertai 44 qari dan 27 qariah dari 44 negara.






Comments:

Author:  Mahiri Mohd
Title:  Apabila kamu ...
Comment:  Apabila kamu menyentuh Al-Quran, syaitan akan memarahi kamu Apabila kamu membuka Al-Quran, syaitan akan menangis Apabila kamu membaca Bismillah, syaitan akan bercucuran air mata Apabila kamu memulakan bacaan Al-Quran, syaitan akan pengsan Apabila kamu cuba menyibarkan Al-Quran, syaitan akan berusaha menghalangnya Sebarlah Al-Quran sebagai tanda anda memiliki Iman Yang Hebat, Insya Allah anda akan mendapat pahala di sisi Allah SWT.
Author:  ekal85
Title:  kepada amira jer.. ...
Comment:  kepada amira jer..ni kan ptdgn peringkat antarabangsa, pertandingan mmg dlm malaysia every year..sila anda amek tau hal ini.
Author:  Abdul Ghani
Title:  Kat BRUNAI je tak ...
Comment:  Kat BRUNAI je tak pernah MALAYSIA johan, Antarabangsa juga...lagi la antarabangsa kat IRAN tak perah dengar pon......
Author:  Qiu Syah
Title:  FYI, penyertaan ...
Comment:  FYI, penyertaan setiap tahun terbuka kepada peserta dari seluruh dunia. Sememangnya Quran diturunkan di Mekah dan Madinah, tetapi perkembangan Qiraatnya banyak berlaku di Asia Tenggara. Anda kena ambil tahu hakikat ini. Pertandingan Qiraat terbesar adalah di Malaysia.
Author:  siputchina
Title:  dengki.
Comment:  dengki.
Author:  Mohd Najmi
Title:  allhuakbar sedap ...
Comment:  allhuakbar sedap sangat , pengawalan suara,
Author:  True1Prophet1Allah
Title:  The current version ...
Comment:  The current version of Arabic Quran is the Quran distributed by Uthman, to the various parts of the Muslim world, after the earlier "Seven" versions OF THE QURAN WERE COLLECTED AND BURNT (Bukhari: 6:61:514 p482).Knowing that Allah-u-akhbar Hubal existed before Islam (Mohammad's father's name ABD ALLAH) & Mohammad worshiped Moon gods before Islam.All he did was changed the name BUT "KEPT ALL THE IDOL PAGAN PRACTICES INTACT" like Safa & Marwa,Ramadan, Hajj,5 times a day prayers (NOT in Quran)
Author:  khairun96
Title:  best nye klu kite ...
Comment:  best nye klu kite smue dpt bace macam tu kn,, *merdu*
Author:  Jamie Ahmad
Title:  tAK KISAH laa ...
Comment:  tAK KISAH laa menang dalam negara ke luar negara! korang mampu?jeles lah tu....
Author:  brocky mas
Title:  Setiap tahun ...
Comment:  Setiap tahun negara2 islam yg menyertai Tilawah AQ peringkat antarabangsa akan mengadakan pertandingan di Setiap Negara Masing2. Malaysia akan menjadi tuan rumah Peringkat Antarabangsa semenjak cadangan di OIC. Bias susah untuk diwujudkan memandangkan Seramai 13 orang hakim telah dilantik dari Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Republik Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Maghribi dan Jordan dalam bidang tajwid, kelancaran (fasahah), lagu (tarannum) dan suara.
Author:  MOH DZ
Title:  x kesa la tu... ...
Comment:  x kesa la tu... johan bukan milik malaysia je saudara...
Author:  hadi friady
Title:  Aku lah jer :ap kne ...
Comment:  Aku lah jer :ap kne mngena nga indon lak,,t dorang coment ko jgak yg mnyorok dlu,hentikanlah adu domba ko tu..sila amk thu gak..
Author:  nurul hisam
Title:  subhanallah..sautul ...
Comment:  subhanallah..sautul jamil.. tp pelik masih ada yg dislike..Allahuakbar..
Author:  aku lah
Title:  Amira Jer~ sedih ...
Comment:  Amira Jer~ sedih sgt jdi org indon mcm kamu. Benda yg remeh pun nak buat gaduh. Aduhai wahai mak / mat indon.
Author:  MOH DZ
Title:  DLM NEGARA TAPI ...
Comment:  DLM NEGARA TAPI PERINGKAT ANTARABANGSA... HEBAT LA TU...


More Video